::Maklumat::Ilmiah::Informasi::Berita::Tazkirah::

March 28, 2006

Ikhlas kah kita dalam hidup ini??

Filed under: Ilmiah

Ikhlas kah kita dalam hidup ini??

Semua orang kenal dan tahu pula gunanya. Sangat penting dan sangat berguna.

Kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan dan kelapa tua tak pernah jadi topik perbincangan, tak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalau kelapa tua ada emosi, tidak ramai yang dapat merasai dan menyelam perasaannya.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak pedulikannya. Dirinya terbuai-buai di atas pokok, bila ditiup angin terasa nyaman sekali. Elok-elok kelapa tergantung di pokoknya sambil menikmati keindahan buana, datang orang menjoloknya dengan galah panjang. Bukan selesa kena jolok macam tu.

Bila tangkainya menjadi lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-berpusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah, bukan setakat 5-10 kaki tapi sehingga 40-50 kaki. Bunyinya berdentum sampai ketanah. Kalau calang-calang buah, boleh berkecai.Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua bukan setakat ini sahaja. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk kedalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan, lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat dan ini berterusan sehingga tinggal tempurung. Dah tinggal tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya, keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu nak menilai seni seperti ini.

Tempurung bulat yang cantik ditetak dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua, di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sampai tahap ini maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Baru muqaddimah. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih diparut dan dikukur pula hingga lumat. Tempurungnya pula dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut, kemudian diramas-ramas dan diperah-perah. Kalau hendak dikirakan ini sudah terkeluar dari batas-batas keperimanusiaan. Kemudian ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah lain ditumis. Bila dah cukup kuning dituanglah santan tadi dalam belanga. Maka berpanasanlah santan hingga pecah minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya: “Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?

Orang di dapur hanya menjawab, “Kari ikan bawal.” Kari dapat nama. Ikan bawal dapat nama. Orang kata,”Oh! sedap kari ni.” “Oh! sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa ambil kira atau ambil peduli. Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja tetapi ta’abud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tetapi ada dalam perhatian Tuhan!

March 27, 2006

Langkah-langkah membuat Low Level Format.

Filed under: Komputer

Langkah-langkah membuat Low Level Format

1. Backup semua data yang penting ke dalam floppy disk, cd atau pun thumbdrive. Anda juga boleh membuat backup dengan menggunakan Norton Ghost image ke dalam HDD atau ke dalam cd.
2. Download software untuk membuat LLF daripada laman web manufacture produk HDD anda. Di bawah ini saya senaraikan 4 brand HDD yang popular:

* MaxBlast untuk Maxtor:
http://downloads.maxtor.com/downloads/_fil…s/maxblast4.exe

* SeaTool untuk Seagate:
http://www.seagate.com/support/disc/download/seatoold_en.exe

* Data Lifeguard untuk Western Digital:
http://websupport.wdc.com/rd.asp?p=sw2&t=1…lgDiagv504c.exe

* SUTIL untuk Samsung:
http://www.samsung.com/Products/HardDiskDr…_file/Sutil.exe

3. Kemudian, install salah satu LLF software ini ke dalam floppy disk.
4. Restart computer anda dan bootkan dengan disket LLF itu.
5. Formatkan HDD anda mengikut arahan-arahan yang diberikan. Masa yang perlu diambil semasa LLF adalah bergantung kepada kapasiti HDD itu sendiri.
6. Apabila telah siap LLF maka HDD anda akan kelihatan baru seperti keluar daripada kilang. Kemudian, anda boleh install semula HDD anda dengan OS kesukaan anda atau pun anda boleh Ghost semula image data yang telah dibackup.

http://www.putera.com/tanya/t19523.html

March 23, 2006

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Filed under: Islamik

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Wassalam,

Cinta Tidak Perlukan Sebab

Filed under: Ilmiah

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepasa si suami. Ini dialong mereka…

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

March 21, 2006

Manusia, Malaikat & Syaitan

Filed under: Islamik

Manusia, Malaikat & Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh…
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini… kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah denganBismillah…
Syaitan - Ahh, tak payahla… dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yangmenutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi… baru pukul 8.30am…

Manusia - Azan sudah kedengaran…
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa… . rilex lah..

Manusia - Eh, eh… .tak boleh tengok ini,berdosa…
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang… .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah…

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesunggunya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu…

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu…

Satu Penerbangan

Filed under: Islamik

Satu Penerbangan

“Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan
ke sebuah negara lain iaitu - Kubur dan Akhirat. Di mana maklumat
tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi
melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi
Al-Jenazah.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang
tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas
kesudian Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya
tetapi kain putih kotton.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan
cendana.

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi
Al-Islam.

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi ‘Lailaillah’.

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi,
tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah
International, tetapi tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani,
tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar
dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang
diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau
Neraka.

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan
terbang transit adalah Al-Barzakh. Di mana destinasi terakhir samada
Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan
(savings! ) anda tidak akan dihabiskan

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.
Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan
masalah alergi atau halal-haram makanan

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia
berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang
selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda
disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah
satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi
boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa ‘amaran’. Cuma perlu ingat!
Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????”

Keyboard Shortcut

Filed under: Komputer

Basic
- CTRL+C (Copy)
- CTRL+X (Cut)
- CTRL+V (Paste)
- CTRL+Z (Undo)
- DELETE (Delete)
- SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
- CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
- CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
- F2 key (Rename the selected item)
- CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
- CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
- CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
- CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
- CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
- SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
- CTRL+A (Select all)
- F3 key (Search for a file or a folder)
- ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
- ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
- ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
- ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
- CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
- ALT+TAB (Switch between the open items)
- ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
- F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
- F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
- SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
- ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
- CTRL+ESC (Display the Start menu)
- ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
- F10 key (Activate the menu bar in the active program)
- RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
- LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
- F5 key (Update the active window)
- BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
- ESC (Cancel the current task)
- SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box Keyboard Shortcuts
- CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
- CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
- TAB (Move forward through the options)
- SHIFT+TAB (Move backward through the options)
- ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
- ENTER (Perform the command for the active option or button)
- SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
- Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
- F1 key (Display Help)
- F4 key (Display the items in the active list)
- BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

m*cro$oft Natural Keyboard Shortcuts
- Windows Logo (Display or hide the Start menu)
- Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
- Windows Logo+D (Display the desktop)
- Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
- Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)
- Windows Logo+E (Open My Computer)
- Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
- CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
- Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
- Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
- Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
- Windows Logo+U (Open Utility Manager)

Accessibility Keyboard Shortcuts
- Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
- Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
- Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
- SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
- NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
- Windows Logo +U (Open Utility Manager)

Windows Explorer Keyboard Shortcuts
- END (Display the bottom of the active window)
- HOME (Display the top of the active window)
- NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
- NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
- NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
- LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
- RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)

Shortcut Keys for Character Map
After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
- RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
- LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
- UP ARROW (Move up one row)
- DOWN ARROW (Move down one row)
- PAGE UP (Move up one screen at a time)
- PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
- HOME (Move to the beginning of the line)
- END (Move to the end of the line)
- CTRL+HOME (Move to the first character)
- CTRL+END (Move to the last character)
- SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)

m*cro$oft Management Console (MMC) Main Window Keyboard Shortcuts
- CTRL+O (Open a saved console)
- CTRL+N (Open a new console)
- CTRL+S (Save the open console)
- CTRL+M (Add or remove a console item)
- CTRL+W (Open a new window)
- F5 key (Update the content of all console windows)
- ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
- ALT+F4 (Close the console)
- ALT+A (Display the Action menu)
- ALT+V (Display the View menu)
- ALT+F (Display the File menu)
- ALT+O (Display the Favorites menu)

MMC Console Window Keyboard Shortcuts
- CTRL+P (Print the current page or active pane)
- ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
- SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
- F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
- F5 key (Update the content of all console windows)
- CTRL+F10 (Maximize the active console window)
- CTRL+F5 (Restore the active console window)
- ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
- F2 key (Rename the selected item)
- CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation
- CTRL+ALT+END (Open the m*cro$oft Windows NT Security dialog box)
- ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
- ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
- ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
- ALT+HOME (Display the Start menu)
- CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
- ALT+DELETE (Display the Windows menu)
- CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
- CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

m*cro$oft Internet Explorer Navigation
- CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
- CTRL+E (Open the Search bar)
- CTRL+F (Start the Find utility)
- CTRL+H (Open the History bar)
- CTRL+I (Open the Favorites bar)
- CTRL+L (Open the Open dialog box)
- CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
- CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
- CTRL+P (Open the Print dialog box)
- CTRL+R (Update the current Web page)
- CTRL+W (Close the current window)

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Chris M