::Maklumat::Ilmiah::Informasi::Berita::Tazkirah::

April 15, 2006

KAWAN DIAKHIR ZAMAN INI…..

Filed under: Ilmiah

KAWAN DI AKHIR ZAMAN INI…..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya

Yang benar benar sibuk

Untuk mengubah sikapnya

Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah

Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari

Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri

Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh

mas merah

April 14, 2006

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ROKOK???

Filed under: Info

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ROKOK???

Satu batang rokok mengandungi;

METOPRENA :Bahan kimia yang digunakan untuk menghapuskan kutu pada binatang peliharaan anda.
BENZOPIRENA :Anda akan mendapatkannya dalam asap rokok. Ia merupakan salah satu kimia penyebab kanser yang paling berbahaya di dunia.
ARSENIK :Racun membunuh ini menjadikan bibir anda melecur, pernafasan anda berbau busuk.
ASETON :Ia merupakan salah satu ramuan aktif dalam penanggal pengilat kuku.
PLUMBUM :Keracunan plumbum merencat pertumbuhan anda, menjadikan anda muntah dan merosakkan otak anda.
FORMAL DEHID :Menyebabkan kanser dan merosakkan paru-paru, kulit dan sistem pernghadaman anda. Ia digunakan untuk megawet mayat.
BENZENA :Kimia penyebab kanser ini digunakan untuk membuat apa saja daripada racun makhluk perosak.
AMMONIA :Sebagai penambah perisa dan membantu menyerap nikotina.
KADMIUM :Ia menyebabkan kerosakan pada hati, buah pinggang dan otak.
BUTANA :Butana mudah terbakar, ia merupakan salah satu komponen utama petrol.
GLIKOL :Mengelak bancuhan tembakau daripada kekeringan, juga penyebab kepada ketagihan merokok.
TURPENTIN :Turpentin amat beracun dan ia biasanya digunakan sebagai penanggal cat.

APAKAH YANG MENYEBABKAN ANDA INGIN MEROKOK?

Ingin mencuba
Pengaruh kawan.
Menghilangkan masalah (tension).
Sekadar suka-suka.

KESAN KETAGIHAN MEROKOK…MAHUKAH ANDA?

Barah paru-paru.
kelelahan akibat COAD dan emphysema.
Sakit jantung.
Kerosakan ada salur darah.
kanser pada pundi kencing.
Air mani tidak normal.
Lemah ingatan.
Perkembangan anak-anak akan terbantut.
Risiko kerosakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil.
Boleh merngidap perlbagai jenis barah atau kanser.

JALAN PENYELESAIAN TERBAIK.

Jangan merokok dari awal.
Jika sudah ketagih, ada 3 cara:
-Berhenti terus
-berhenti beransur-ansur.
-Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti gula-gula nikotin.

Membuat persediaan berhenti merokok seperti:

-memahami kenapa dan bila anda merokok.
-ubah kebiasaan merokok.
-tetapkan tarikh untuk berhenti merokok.
-dapatkan sokongan
-rancang kehidupan harian tanpa merokok.

OLEH ITU, INGATLAH WAHAI SAHABAT!!!

Firman Allah SWT yang bermaksud:
(Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang)
al-Nisa’ :29

Sebagaimana hadith Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah r.a, Yang bermaksud:
(Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu tetap akan berada ditangannya dan diminumnya dalam neraka Jahanam)

Berikutan penegasan ayat ALLAH SWT dan Hadith yang telah disepakati oleh para Ulama’ jelas kepada kita tentang pengharaman merokok. Sehubungan dengan itu, pada 23 March 1995, muzakarah majlis Fatwa Kebangsaan ke 37 telah meluluskan fatwa pengharaman merokok.

Di samping itu, Ulama’ telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram. Aantaranya dalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh al-Mishad, ahli jawatankuasa Akedemi Penyelidikan Islam, Pengerusi jawatankuasa Fatwa Al-Azhar. Berliau mengatakan bahawa, oleh kerana Ulama dan pehak berkuasa perubatan telah memutuskan sebulat suara bahawa merokok dan pengambilan dadah adalah membazir dan membahayakan tubuh, minda dan jiwa manusia juga merupakan penyalahgunaan keatas kesihatan dan kekayaan seseorang, undang-undang Islam memutuskan amalan tersebut adalah haram.Mereka yang mengimpot, mengurus niaga dan menggunakan bahan-bahan tersebut, samada banyak atau sedikit mestilah tertakluk kepada hukum agama dan undang-undang yang bersesuaian

Masalah Ikhtilat II

Filed under: Ilmiah

Artikel ini boleh la kiranya dianggap sebagai tambahan di artikel terdahulu Masalah Ikhtilat I

Ikhtilat…

Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.

Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah. Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain:

• Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
• Tegahan berkhulwat antara wanita dengan lelaki ajnabi
• Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
• Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
• Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
• Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki

Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita dengan lelaki ajnabi ditegah.

Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:

• Pergaulan atas sebab darurat
• Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
• Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman
• Pergaulan menunaikan kesaksian
• Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang
• Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
• Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
• Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi
• Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
• Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
• Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syara’
• Dalam kitab Muwattha’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makan
• bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki
• Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlis
• tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum-hukum Islam
• Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:

* Pendapat pertama: tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan ilmu, lantas Rasulullah s.a.w memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita
* Pendapat kedua: boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi, kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana muamalah

Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang untuk keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah s.a.w.

Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam:

• Menjaga aurat
• Tidak tabarruj
• Tidak mengangkat suara dengan tinggi
• Serius, tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara sewaktu bercakap
• Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang
• Warak, tapi bukan warak-warak kucing

Kalam² Ingatan

Filed under: Ilmiah

Kalam² Ingatan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah `ia’ datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!

Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. (They say it takes a minute to find a special person, and hour to appreciate them, but then an entire life to forget them).

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Carilah sesuatu yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, dugaan & cabaran yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.

Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.

April 12, 2006

Brontok…Bararontok…!

Filed under: Komputer

Brontok…Bararontok…!

Akhir2 ini, virus Brontok [W32.Brontok.A] bermaharajalela. Virus yg mempergunakan media removable ini adalah virus lokal [ya…lokal!] buatan HVM31 - JowoBot #VM Community. Salah satu kesannya ialah bila ada program yg dianggapnya membahayakan [spt MSCONFIG/TASKMAN], ia akan restart Windows [mirip sama W32.Blaster, tapi dia menggunakan security “Buffer Overflow” di Windows, yg mengakibatkan “SVCHOST.EXE” terminate sendiri…]

Cara yg paling gampang membersihkannya adalah dengan menggunakan program pembersih Brontok buatan lokal [ya…virus lokal dibasmi sama vaksin lokal… :D ] yg dibuat oleh movzx [SBKJ]. Program ini boleh didownload di…

DOWNLOAD DI SINI!

about

About Brontok.A[10]
Compiler : VB6 (PEID)
Packer : MEW 11 1.12 (PEID); CaesarCipher[-3]
Serangan : - Restart apabila user menjalankan beberapa aplikasi seperti ‘msconfig.exe’
- Kemungkinan menginfeksi mailbox Outlook Express
- Membuka browser IE ke:
http://www.geocities.com/sblsji1/
http://www.geocities.com/sblsji1/
http://www.geocities.com/sbllro2/
http://www.geocities.com/sbltlu3/
http://www.geocities.com/sblppt4/
http://www.geocities.com/sbllma5/
setiap hari pada pukul 17.08
- Menggandakan diri ke folder “DOCUMENT” dengan nama file sesuai dengan nama
direktorinya
- Menggandakan diri ke beberapa folder system
- Kemungkinan merubah setting Host pada “SYSTEMPATH\Drivers\etc\hosts”

Bentuk Visual : Icon file sama dengan icon dari Folder
Penyebaran : Melalui Removable Disk (Floppy,FlashDisk)
Pembuat : HVM31 — JowoBot #VM Community

Virus ini variasi dari virus MyLove terdahulu
Bezanya, virus ini ‘Menyebarkan’ pesan moral berupa halaman html yang isinya:
Brontok

Beberapa kemungkinan nama file yang digandakan:
winlogon.exe; services.exe; lsass.exe; inetinfo.exe; csrss.exe; smss.exe; SERVICES; LSASS; INETINFO; WINLOGON; CSRSS; SMSS; smss.exe, services.exe, lsass.exe, inetinfo.exe, csrss.exe, winword.exe, kangen.exe, ccapps.exe, syslove.exe, kangen.exe; untukmu.exe; myheart.exe; my heart.exe; jangan dibuka.exe

Beberapa Caption program yang akan mengakibatkan komputer restart apabila dibuka:
SECURE, SUPPORT, MASTER, MICROSOFT, VIRUS, HACK, CRACK, LINUX, AVG, GRISOFT, PC-CILLIN, SECURITY, SYMANTEC, ASSOCIAT YOUR, SOME, ASDF, @.,.@, WWW, VAKSIN, DEVELOP, PROGRAM, SOURCE, NETWORK, UPDATE, TEST,.., XXX, SMTP, EXAMPLE, CONTO .VBS, DOMAIN, HIDDEN, DEMO, DEVELOP, FOO@, KOMPUTER, SENIOR, DARK, BLACK, BLEEP, FEEDBACK, IBM., INTEL., MACRO, ADO CNET, DOWNLOAD, HP., XEROX, CANON, SERVICE, ARCHIEVE, NETSCAPE, MOZILLA, OPERA, NOVELL, NEWS, UPDATE, RESPONSE, OVLOTUS, MICRO, TREND, SIEMENS, FUJITSU, NOKIA, W3., NVIDIA, APACHE, MYSQL, POSTGRE, SUN., GOOGLE, SPERSKY, ZOMBIE, AALADDIN, ALERT, BUILDER, DATABASE, AHNLAB, PROLAND, ESCAN, HAURI, NOD32, SYBARI, ANTIGEN, ROBOT, ALWIL, YAHOO, COM LAB, IEEE, KDE, TRACK, INFORMA, FUJI, @MAC, SLACK, REDHA, SUSE, BUNTU, XANDROS, @ABC,@123, LOOKSMART, SYNDICAT, ELE USERNAME, IPTEK, CLICK, SALES, PROMO, REGISTRY, SYSTEM CONFIGURATION, COMMAND PROMPT, .EXE, SHUT DOWN, SCRIPT HOST, LOG OFF WINDOWS, KILLBOX, TASK, PLASA; TELKOM; INDO; .CO.ID; .GO.ID; .MIL.ID; .SCH.ID; .NET.ID;.OR.ID; .AC.ID; .WEB.ID; .WAR.NET.ID; ASTAGA; GAU

Semoga info ini bermanfaat bagi yg terkena virus tersebut…

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Filed under: Ilmiah

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.'’

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik'’.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.'’

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa’diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

April 10, 2006

Impian Seorang Suami a.k.a Ayah

Filed under: Ilmiah

“Sekadar untuk tatapan kita bersama…. Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke ‘Mahkota Medical Centre’, dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia “mengandung kot?” Dia kata tak ada.

Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata…. isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab ‘Kasyaful Mahjub’. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”. Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus besar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah’mama’nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah ‘bintang timur’ dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul ‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya…”

//saya tak kawin lagi ni. artikel ini copy paste ja. hanya nak bgtau ttg pendidikan anak² dalam janin. menarik kan?

April 9, 2006

MENCELUP RAMBUT

Filed under: Islamik

MENCELUP RAMBUT
===============

S: Adakah harus bagi seorang lelaki mencelup rambutnya apabila putih, dan adakah harus juga untuk wanita?

J: Dalam hadith Nabi S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang mempunyai rambut, maka muliakanlah” - hadith riwayat Abu Dawud dan disaksikan dengan hadith-hadith lain. Disahihkan sesetengah mereka. Bentuk kemuliaan adalah bermacam-macam, dan ia adalah untuk lelaki dan perempuan, segala apa yang bersangkutan dengannya seperti menyikat, meminyak dan daripadanya mewarnakannya untuk menutup ubannya.

Dan sesungguhnya ulama’ zaman dahulu telah berbincang mengenai perkara mencelup rambut dengan warna hitam, dan sesetengah dari mereka telah melarangnya, tetapi dalil-dalil yang dikemukakan adalah untuk lelaki atau dalam keadaan sembunyi seperti seorang perempuan tua yang mahu menzahirkan ubannya, untuk menginginkan pada perkahwinannya. Adapun perempuan yang berkahwin yang diizinkan suaminya, maka tiada hukum padanya untuk mencelup rambutnya dengan apa yang disukai olehnya dan suaminya. Bahkan Ibn Jauzi mengharuskannya untuk lelaki. Apa yang disebut sebagai larangan, adalah untuk memikat dan memudahkan dalam ketaatan yang eloknya bagi seorang tua untuk memperbanyakkan amalan dan persediaan untuk berjumpa dengan Tuhannya.

Shamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Maflaj al-Muqaddisi al-Hanbali (meninggal pada 2 Rejab 762 Hijrah), anak murid kepada Ibn Taimiyyah telah berkata di dalam kitabnya {al-Adab asy-Syar’iyyah wa al-Minh al-Mar’iyyah}: “Mazhab Hanbali mengharuskan mengubah uban. Dan padanya hadith dari Sohihain: “Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak mencelup maka bezakanlah”, dan disunatkan dengan inai dan sembunyi, sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah dengan sanad yang thiqah, dan juga sepertimana yang diamalkan oleh Abu Bakar dan Umar, dan dilarang dengan warna hitam. Dalilnya sepertimana yang ditanya kepada Ahmad: “Dilarang pencelup dengan warna hitam? Jawabnya: “Demi ALLAH dari hadith Nabi S.A.W dari ayah Abu Bakar ((Dan jauhkanlah ia dari warna hitam))”. Hadith riwayat Muslim - dan sebabnya sepertimana yang diterangkan oleh sesetengah orang - Orang tua yang lemah apabila mencelup rambutnya dengan warna hitam akan menjadi penyakit. Dan Ishak bin Rahawiyah berlembut dengan wanita yang ingin berhias untuk suaminya, dan tidak dilarang untuk peperangan. Manakala di sisi Syafi’e: “Digalakkan mencelup uban lelaki mahupun perempuan dengan warna kuning atau merah dan diharamkan dengan warna hitam. Pendapat ini ialah yan paling sahih di sisi mereka.

Dari apa yang diriwayatkan pada larangan mencelup uban dengan warna hitam - pada situasi ayah Abu Bakar - “Akan berlaku di akhir zaman satu kaum yang mencelup uban dengan warna hitam tidak akan mencium haruman syurga” - riwayat Abu Dawud dan an-Nisa’i dengan sanad yang kuat.

Perkara ini boleh dirujuk di dalam kitab ((al-Usrah Tahta Ri’ayat al-Islam)) - Keluarga Di Bawah Jagaan Islam - jilid ketiga - mukasurat 318, 324, 343 dan 346 - karangan Syeikh Atiyyah Saqar.

QADHA SOLAT

Filed under: Islamik

QADHA SOLAT
===========

1. Qadha:
Perbuatan wajib dilakukan selepas waktunya atau mengerjakan solat selepas waktunya.

2. Keadaan bagi seseorang MUslim yang beriman dan berakal hendaklah bersegera menunaikan solat ketika di waktunya, dan berdosa melewatkannya dari waktunya tanpa uzur, sepertimana yang diketahui tentang kelebihan solat. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” - an-Nisaa:104

Melewatkan solat tanpa tanpa keuzuran satu maksiat yang besar tidak hilang dengan qadha’ semata-mata bahkan dengan taubat ataupun dengan haji selepas qadha’.

Dan barangsiapa yang melewatkan solat di waktunya dengan uzur yang syar’ie, maka tiada dosa padanya. Contoh uzur syar’ie: takut musuh dan sebagainya. Kerana Rasulullah S.A.W melewatkan solat ketika Perang Khandak. Berkata Ibnu Mas’ud r.a: “Sesungguhnya kaum musyrikin itu telah menyibukkan Rasulullah S.A.W dari 4 waktu solat ketika perang Khandak, sehingga datangnya malam. Maka (bila keadaan aman) diperintahkan kepada Bilal r.a untuk azan, kemudian baginda S.A.W bangun untuk solat Zohor, kemudian bangun untuk solat Asar, kemudian bangun untuk solat Maghrib dan kemudian bangun untuk solat Isya’.”

Mereka yang leka dengan sebarang tanggungjawab tidak sempurna tanggunjawabnya kecuali dengan menyelesaikan pada masanya ataupun qadha, sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Maka agama ALLAH lebih berhak untuk ditunaikan”. Maka barangsiapa yang diwajibkan solat, dan berlalunya masa yang dikhususkan, wajiblah qadha’. Dan solat adalah dosa jika meninggalkannya secara sengaja. Dan qadha ke atasnya adalah wajib. Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila seseorang daripada kamu berbaring (tidur) dari solat, ataupun dilupakan darinya. maka wajiblah solat apabila ingat”. Kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T telah berfirman yang bermaksud: “Dirikanlah solat untuk mengingatiKu” -Thahaa:14. Dan di dalam Bukhari: “Barangsiapa yang dilupakan solat, maka dirikanlah ketika ingat. Tiada kifarat baginya kecuali itu”. Dan hadith muttafiq antara Muslim dan Bukhari yang bermaksud: “Barangsiapa yang tidur dari solatnya atau lupa, maka dirikanlah apabila ingat”. Maka barangsiapa yang berlalunya waktu solat kerana tidur atau lupa, maka qadhalah.

**Kitab Fiqh al-Islami Wa Adillatihi
Karangan Dr Wahbah Zuhaily

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Chris M