MENCELUP RAMBUT
MENCELUP RAMBUT
===============
S: Adakah harus bagi seorang lelaki mencelup rambutnya apabila putih, dan adakah harus juga untuk wanita?
J: Dalam hadith Nabi S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang mempunyai rambut, maka muliakanlah” - hadith riwayat Abu Dawud dan disaksikan dengan hadith-hadith lain. Disahihkan sesetengah mereka. Bentuk kemuliaan adalah bermacam-macam, dan ia adalah untuk lelaki dan perempuan, segala apa yang bersangkutan dengannya seperti menyikat, meminyak dan daripadanya mewarnakannya untuk menutup ubannya.
Dan sesungguhnya ulama’ zaman dahulu telah berbincang mengenai perkara mencelup rambut dengan warna hitam, dan sesetengah dari mereka telah melarangnya, tetapi dalil-dalil yang dikemukakan adalah untuk lelaki atau dalam keadaan sembunyi seperti seorang perempuan tua yang mahu menzahirkan ubannya, untuk menginginkan pada perkahwinannya. Adapun perempuan yang berkahwin yang diizinkan suaminya, maka tiada hukum padanya untuk mencelup rambutnya dengan apa yang disukai olehnya dan suaminya. Bahkan Ibn Jauzi mengharuskannya untuk lelaki. Apa yang disebut sebagai larangan, adalah untuk memikat dan memudahkan dalam ketaatan yang eloknya bagi seorang tua untuk memperbanyakkan amalan dan persediaan untuk berjumpa dengan Tuhannya.
Shamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Maflaj al-Muqaddisi al-Hanbali (meninggal pada 2 Rejab 762 Hijrah), anak murid kepada Ibn Taimiyyah telah berkata di dalam kitabnya {al-Adab asy-Syar’iyyah wa al-Minh al-Mar’iyyah}: “Mazhab Hanbali mengharuskan mengubah uban. Dan padanya hadith dari Sohihain: “Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak mencelup maka bezakanlah”, dan disunatkan dengan inai dan sembunyi, sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah dengan sanad yang thiqah, dan juga sepertimana yang diamalkan oleh Abu Bakar dan Umar, dan dilarang dengan warna hitam. Dalilnya sepertimana yang ditanya kepada Ahmad: “Dilarang pencelup dengan warna hitam? Jawabnya: “Demi ALLAH dari hadith Nabi S.A.W dari ayah Abu Bakar ((Dan jauhkanlah ia dari warna hitam))”. Hadith riwayat Muslim - dan sebabnya sepertimana yang diterangkan oleh sesetengah orang - Orang tua yang lemah apabila mencelup rambutnya dengan warna hitam akan menjadi penyakit. Dan Ishak bin Rahawiyah berlembut dengan wanita yang ingin berhias untuk suaminya, dan tidak dilarang untuk peperangan. Manakala di sisi Syafi’e: “Digalakkan mencelup uban lelaki mahupun perempuan dengan warna kuning atau merah dan diharamkan dengan warna hitam. Pendapat ini ialah yan paling sahih di sisi mereka.
Dari apa yang diriwayatkan pada larangan mencelup uban dengan warna hitam - pada situasi ayah Abu Bakar - “Akan berlaku di akhir zaman satu kaum yang mencelup uban dengan warna hitam tidak akan mencium haruman syurga” - riwayat Abu Dawud dan an-Nisa’i dengan sanad yang kuat.
Perkara ini boleh dirujuk di dalam kitab ((al-Usrah Tahta Ri’ayat al-Islam)) - Keluarga Di Bawah Jagaan Islam - jilid ketiga - mukasurat 318, 324, 343 dan 346 - karangan Syeikh Atiyyah Saqar.
