::Maklumat::Ilmiah::Informasi::Berita::Tazkirah::

April 9, 2006

QADHA SOLAT

Filed under: Islamik

QADHA SOLAT
===========

1. Qadha:
Perbuatan wajib dilakukan selepas waktunya atau mengerjakan solat selepas waktunya.

2. Keadaan bagi seseorang MUslim yang beriman dan berakal hendaklah bersegera menunaikan solat ketika di waktunya, dan berdosa melewatkannya dari waktunya tanpa uzur, sepertimana yang diketahui tentang kelebihan solat. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” - an-Nisaa:104

Melewatkan solat tanpa tanpa keuzuran satu maksiat yang besar tidak hilang dengan qadha’ semata-mata bahkan dengan taubat ataupun dengan haji selepas qadha’.

Dan barangsiapa yang melewatkan solat di waktunya dengan uzur yang syar’ie, maka tiada dosa padanya. Contoh uzur syar’ie: takut musuh dan sebagainya. Kerana Rasulullah S.A.W melewatkan solat ketika Perang Khandak. Berkata Ibnu Mas’ud r.a: “Sesungguhnya kaum musyrikin itu telah menyibukkan Rasulullah S.A.W dari 4 waktu solat ketika perang Khandak, sehingga datangnya malam. Maka (bila keadaan aman) diperintahkan kepada Bilal r.a untuk azan, kemudian baginda S.A.W bangun untuk solat Zohor, kemudian bangun untuk solat Asar, kemudian bangun untuk solat Maghrib dan kemudian bangun untuk solat Isya’.”

Mereka yang leka dengan sebarang tanggungjawab tidak sempurna tanggunjawabnya kecuali dengan menyelesaikan pada masanya ataupun qadha, sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Maka agama ALLAH lebih berhak untuk ditunaikan”. Maka barangsiapa yang diwajibkan solat, dan berlalunya masa yang dikhususkan, wajiblah qadha’. Dan solat adalah dosa jika meninggalkannya secara sengaja. Dan qadha ke atasnya adalah wajib. Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila seseorang daripada kamu berbaring (tidur) dari solat, ataupun dilupakan darinya. maka wajiblah solat apabila ingat”. Kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T telah berfirman yang bermaksud: “Dirikanlah solat untuk mengingatiKu” -Thahaa:14. Dan di dalam Bukhari: “Barangsiapa yang dilupakan solat, maka dirikanlah ketika ingat. Tiada kifarat baginya kecuali itu”. Dan hadith muttafiq antara Muslim dan Bukhari yang bermaksud: “Barangsiapa yang tidur dari solatnya atau lupa, maka dirikanlah apabila ingat”. Maka barangsiapa yang berlalunya waktu solat kerana tidur atau lupa, maka qadhalah.

**Kitab Fiqh al-Islami Wa Adillatihi
Karangan Dr Wahbah Zuhaily

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://hosmu.blogsome.com/2006/04/09/qadha-solat/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>


Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Chris M