Masalah Ikhtilat II
Artikel ini boleh la kiranya dianggap sebagai tambahan di artikel terdahulu Masalah Ikhtilat I
Ikhtilat…
Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.
Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah. Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain:
• Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
• Tegahan berkhulwat antara wanita dengan lelaki ajnabi
• Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
• Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
• Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
• Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki
Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita dengan lelaki ajnabi ditegah.
Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:
• Pergaulan atas sebab darurat
• Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
• Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman
• Pergaulan menunaikan kesaksian
• Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang
• Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
• Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
• Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi
• Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
• Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
• Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syara’
• Dalam kitab Muwattha’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makan
• bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki
• Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlis
• tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum-hukum Islam
• Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:
* Pendapat pertama: tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan ilmu, lantas Rasulullah s.a.w memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita
* Pendapat kedua: boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi, kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana muamalah
Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang untuk keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah s.a.w.
Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam:
• Menjaga aurat
• Tidak tabarruj
• Tidak mengangkat suara dengan tinggi
• Serius, tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara sewaktu bercakap
• Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang
• Warak, tapi bukan warak-warak kucing

assalamualaikum, ana ada satu persoalan…
adakah suasana atau keadaan sesuatu tempat mempengaruhi konsep ikhtilat….
sebagai contoh, di sebuah kafe terdapat ramai orang di dalamnya, dalam masa itu juga terdapat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk berdua……
apakah tindakan yang sewajarnya………
Comment by ikhwanulmuslimin — November 16, 2006 @ 2:47 am