AQ vs AF
kenapa bila akademi al-quran (AQ) diperkenalkan, ramai yang bising. tapi rasa janggal yang bising itu di kalangan mereka yang kurang pengetahuan dalam bidang itu sendiri. seakan beginilah bila akademi fantasia (AF) masa diperkenalkan 4 tahun dahulu.
di ruangan ini, saya cubalah nak tunjukkan perbezaan antara AQ dan AF. bukan niat nak merendahkan atau meninggikan pihak² tertentu, tapi ini ialah dari tinjaun saya sendiri. tidak ada kena mengena dengan orang lain.
perbezaan yang pertama dan yang paling ketara ialah, nama itu sendiri. memang keduanya dimulakan dengan akademi, tapi huruf yang keduanya? al-quran, memang tak perlu saya hurai lebih panjang dan mendalam. semua sudah tahu kelebihan dan keistimewaannya. manakala fantasia jika dibaca dalam kamus dewan, tidak ujud. yang ada hanyalah fantasi: 1-imaginasi yg tidak dibatasi oleh kenyataan, angan², khayalan; 2-ciptaan imaginasi yg tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan; 3-sesuatu yg dibuat(dipakai) utk perhiasan (terima kasih buat saudara al-hafiz kerana sudi carikan saya makna² ini).
dari dua nama ini sudah nampak ke manakah haluan dan matlamat yang diinginkan.
perbezaan yang kedua ialah dari sudut logonya. boleh lihat gambar di bawah:-
(sorry, logonya kedua²nya tak dapat saya nak sediakan berikutan dengan kelambatan internet)
perbezaan yang ketiga ialah jika dihayati hadith nabi s.a.w yang bermaksud: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “.. dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah (masjid atau surau) dari rumah-rumah Allah, sedang mereka membaca kitab Allah, serta mereka mempelajari kandungan isinya, melainkan turun kepada mereka semangat tenang tenteram dan mereka diliputi oleh limpahan rahmat, mereka pula dilingkungi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya”. (Hadith Sahih - Riwayat Muslim). AQ ialah program realiti yang memang membaca kitab ALLAH. bagaimana pula dengan AF? Adakah dengan membaca al-Fatihah hadiah kepada allahyarham tan sri p ramlee dan selepasnya dihidangkan dengan tarian dan juga nyanyian dikira sebagai majlis ilmu?
perbezaan keempat, AQ di channel 9. sebuah saluran TV milik Media Prima Berhad. kalau sesiapa yang nak tahu siapakah Media Prima Berhad, boleh baca di http://ms.wikipedia.org/wiki/Media_Prima_Berhad ataupun di laman rasminya sendiri. manakala AF di bawah astro. siapa yang tidak tahu astro kan. kanak² kecil di zaman sekarang ini sudah tahu segalanya.
perbezaan kelima, baru je terlintas dalam kepala. ada orang kata (rasanya hukum pon kata), suara wanita adalah aurat. tetapi mana lebih aurat, menyanyi dengan suara yang enak, dengan pakaian yang berkelipan, dengan gerak laku yang buat orang lelaki tak tentu arah dari mengaji, menggunakan ilmu tarannum, yang diam tak bergerak?
oklah. ini sahaja yang mampu saya tulis. tapi terus terang saya katakan, saya tengok keduannya, sama ada AQ ataupun AF.tapi saya lebih tertumpu kepada AQ berbanding dengan AF. cuma untuk menyaksikan apa jua yang terlibat dengan AF sama ada imbasan, diari dan konsert lebih mudah berbanding dengan AQ. harap tiada siapa yang salah faham dengan apa yang saya tulis ini. harapan saya agar jika ada yang nak copy paste artikel ini, dipersilakan tapi sila perhatikan keadaan sekeliling kerana AF ini memang dah bertapak dalam hati masyarakat. saya tidak katakan AF ini salah kerana Islam juga mengajurkan hiburan, tapi.. iyalah, berhikmah dan juga peringatan yang baik.
wallahu a’lam.
