::Maklumat::Ilmiah::Informasi::Berita::Tazkirah::

November 24, 2006

Rukun-Rukun Khutbah

Filed under: Islamik

Rukun-Rukun Khutbah adalah seperti berikut :

1. Memuji Allah Taala
1. Tertentu dengan lafaz الحمد لله atau احمد الله atau نحمد الله atau الله احمد atau الله الحمد atau انا حامد الله .
2. Tidak memadai dengan lafaz الحمد للرحمن atau الشكر لله dan sebagainya.

2. Membaca Selawat
1. Tertentu dengan lafaz اللهم صل على محمد atau نصلى على محمد atau diganti lafaz محمد dengan lafaz النبي / احمد / العاقب / حاشر / الماحي / البشير / النذير .
2. Tidak memadai dengan سلم الله على محمد atau رحم الله محمد

3. Wasiat dengan takut kepada Allah SWT
1. Walaupun tidak dengan lafaz wasiat sekalipun
2. Memadai dengan lafaz اطيعوا الله atau اتقوا الله .
3. Tidak memadai dengan semata menakuti daripada perhiasan dunia kerana itu adalah sedia maklum walaupun oleh kafir maksiat.

4. Membaca satu ayat Al-Quran yang difahami.
1. Tidak memadai membaca setengah ayat walaupun panjang.
2. Tidak memadai satu ayat yang tidak memberi faham seperti ن
3. Memadai ayat itu dibaca di dalam salah satu daripada 2 khutbah.
4. Sunat dibaca pada akhir khutbah pertama.
5. Sunat dibaca Surah Qaf pada akhir khutbah pertama setiap Jumaat kerana mengikut Nabi tetapi berhasil pahala sunat dengan membaca setengah surah tersebut.

5. Membaca doa berkenaan urusan akhirat untuk orang Islam dalam khutbah kedua.
1. Memadai menentukan doa bagi segala yang mendengar seperti katanya رحمكم الله
2. Tiada memadai menentukan doa itu bagi mereka yang ghaib.
3. Tidak mengapa membaca doa bagi Sultan dengan tentunya jika tidak berlebih-lebihan dalam menyatakan sifatnya.
4. Kata Sheikh Ibnu Abdus Salam tidak harus memuji Sultan dengan sifat yang dusta kecuali kerana dharurat.
5. Sunat membaca doa bagi segala Sultan yang Islam dan tentera mereka dengan kebaikan dan kemenangan.

Peringatan -
Rukun yang 3 di atas mesti ada di dalam khutbah pertama dan khutbah kedua.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://hosmu.blogsome.com/2006/11/24/rukun-rukun-khutbah-2/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>


Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Chris M