::Maklumat::Ilmiah::Informasi::Berita::Tazkirah::

March 1, 2007

Indahnya Keadilan Buatmu Wanita

Filed under: Ilmiah

“Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya”. “Kasihnya Tuhan kepada wanita!” Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ‘layanan’ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

——————————————————————————–

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri’ di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband’ manakala perkataan untuk isteri ialah `wife’. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari’ manakala perkataan `femme’ untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh’ dan `zaujati’. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh’ yang bermakna `pasangan’. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al-Quran, mereka disebut ‘imraah’, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
a. “Syurga di bawah telapak kaki ibu.”
Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan “di bawah telapak kaki” dan bukan “di dalam tangan” atau “di sisi” seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng’hamba’kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. “Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.”

c. “Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina.”(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. “Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

e. “Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka.”(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang’. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya
wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama’, tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

copy dari binkhal, torrentmalaya.com

jangan tangisi apa yang bukan milikmu

Filed under: Ilmiah

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: “Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, karena aku sangat mencintainya. ” Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu’min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
“Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: “Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, karena aku sangat mencintainya. ” Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu’min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

January 22, 2007

CERITA MATI CERITA PASTI…

Filed under: Ilmiah

CERITA MATI CERITA PASTI…
Cerita mati… satu cerita yang jarang-jarang orang nak bercerita, jarang-jarang diperbincangkan, almaklum ajelah cerita yang tak seronok. Sebagaimana tak seronoknya menghadiri majlis kematian suram muram dan hambar… tak dapat nak melaram dangan koleksi-koleksi fesyen berjemama terpaksa pulak memilih set-set selendang sekadar menutup sebahagian kepala. Ah… lecehnya, tak semacam majlis perkahwinan penuh ceria ria riang gembira… melaram dengan pelbagai gaya paling kurangpun majlis berbuka puasa tak kurang juga hebatnya.

Cerita mati cerita pasti… kalau dulu kita masih punya nenek mungkin hari ni mereka telahpun pergi.. kalau dulu kita masih punya seorang ibu tapi mungkin hari ni tiada lagi ya semuanya akan beransur hilang dan pergi itulah hakikat yang pasti kita akan lalui di sepanjang perjalanan hidup ini…

Cerita mati cerita pasti.. cerita pasti yang kita jarang hiraukan. Yang kita jarang rasakan mati itu hanya akan datang bila-bila sahaja… dan lebih jarang lagi kita rasakan di sanalah kehidupan kita yang hakiki abadi. Apa yang kita rasakan, esok pasti akan datang untuk kita mengutip segala apa yang di depan mata… untuk kita mengambil segala apa yang kita rasakan hak kita atau mungkin kita juga telah terambil hak orang lain…

Cerita mati cerita pasti… hari ini kita bergembira ria menyambut hari kelahiran kita mungkin yang ke 35, 36, atau yang entah ke berapa kali… tanpa pernah kita terpikir setiap tahun yang meningkat pasti akan menghampirkan kita pada kematian. Andaikan takdir hidup kita 60 tahun sahaja dan hari ini tika ini kita menyambut ulangtahun kita yang ke 40… ini bermakna kita berseronok gembira merayakan betapa kita hanya punya 20 tahun sahaja untuk menemui Allah… cukupkah untuk kita bersedia segalanya dengan hanya 20 tahun sahaja… dan itu andai benar telahan kita. Bersediakah kita andai esok atau lusa sahaja… tepuk dada tanya pada Iman.

Cerita mati cerita pasti… Ada yang bertanya apa sangatlah diceritakan tentang mati. Ada apa dengan sebuah kematian? Sekadar cerita-cerita menakutkan, cerita-cerita menggerunkan, kisah sedih sebuah perpisahan atau mungkin sebuah cerita menyekat pembangunan? Ingat!!!… dengan mengingati akan kematianlah sebenarnya seseorang akan menjadi manusia amanah, akan menjadi manusia yang cemerlang gemilang dan terbilang bukan temberang.

…dengan mengingati matilah sebuah negara akan membangun pesat dan makmur. Seorang guru tidak akan meninggalkan kelasnya… ( peringatan untuk ustazmuda ) kerana dirinya tahu setiap detik dan ketika akan dipersoalkan oleh Allah di sana. Seorang polis tidak akan mengambil rasuah kerana keyakinan akan disoal oleh Allah disaat kematiannya. Seorang menteri mahupun Perdana Menteri tidak akan berbohong kepada rakyat andai benarlah mengingati sebuah kematian. Siapapun kita, pasti akan berhadapan dengan persoalan demi persoalan di hadapan Allah di saat kematian nanti. Sesungguhnya!!!… dengan mengingati mati kita tidak perlu diawasi…

Cerita mati cerita pasti… masuk pula cerita yang tak ingat mati. Yang tak ingat mati!!! Siapa tu… ada ke??? Dibulan Ramadhan yang mulia ni terlalu mudah bertemu mereka yang tak ingat mati. Mereka yang sanggup menyelinap di belakang-belakang restoran bukan Islam disiang hari. Mereka yang kehulu kehilir berkepit tanpa mengenali kalimah ‘mahram’ tanpa rasa silu dan malu… mereka yang berpakaian tapi telanjang di jalanan. Ingat matikah mereka itu???

Atau mungkin kadangkala kita sendiri terlupa akan kematian? Terlena dengan buaian duniawi yang menyapa… terleka dengan lambaian television dari sinetron ke sinetron dari Indonesia ke Thailand, Filipina dan berakhir nun jauh di Mexico… hinggakan solat tidak keruan. Antara fantasia dan realiti… Ingat matikah kita???

Cerita mati cerita pasti… Argh bercakap soal tak ingat mati ni tak akan habis. Ya, lambaian dunia terlalu manis. Kalau tidak masakan ramai yang kecundang di penghujung usia. Renung-renunglah pada sirah, banyak terdapat kisah-kisah, moga hati rasa terkesan dan akan matilah dalam iman. Amin.

Oklah ustazmuda tinggalkan sahabat dengan satu sms dari seorang sahabat ustazmuda :

” Kematian bukanlah penamat sebuah kehidupan, kerana alam yang terbentang seterusnya adalah pentas yang akan menayangkan semula lakonan hidup kita ” : Ustaz Hamdan

~blog ustazmuda~

December 15, 2006

ADA APA DENGAN CINTA?

Filed under: Ilmiah

ADA APA DENGAN CINTA?

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan seolah telah bercakap-cakap lama dengannya. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula. Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkahi.

Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka. Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika dan masih tetap perduli padanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia itu. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati. Cinta adalah kecenderunganmu kepada sesuatu dengan segenap apapun yang ada pada dirimu, kemudian engkau lebih mementingkannya daripada kepentingan terhadap diri, ruh, dan hartamu, kemudian kesesuaianmu dengannya secara terang-terangan maupun secara sembunyi-sembunyi, kemudian engkau merasa kurang dalam mencurahkan cinta kepadanya. Ada pula yang mengatakan, “Cinta adalah bara di dalam hati, membakar apa pun yang tidak dikehendaki sang kekasih.” Ada pula yang berkata, “Cinta adalah pengorbanan untuk mendapatkan simpati kekasih, yang hanya bisa dilakukan dengan mengeluarkan pandangan cinta itu kepada pandangan sang kekasih.”

Pilih semut, labah-labah atau lebah

Filed under: Ilmiah

Pilih semut, labah-labah atau lebah

Jika anda diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih? Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.

Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.

Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.


Apakah pilihan anda?

Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.
Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada saya, saya akan menilai sebagaimana berikut:

Semut. Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.

Labah-labah. Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.

Lebah. Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur’an disebut, marhumnya, “Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16: 68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat. Ini dibuktikan dalam salah satu rancangan yang memaparkan kisah-kisah pelik tetapi benar terbitan Amerika Syarikat.

Jadi, apakah pilihan saya? Saya memilih ketiga-tiganya sebab ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan- keistimewaan tertentu. Psikologinya saya ingin menjadi semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu. Namun, saya tidak mahu mengambil sikap bodohnya. Tahukah anda sembut amat bodoh meskipun amat rajin.

Jika ada seekor semut terjumpa seketul gula misalnya, dia akan segera pulang memberitahu rakan-rakannya. Lalu dia akan mengikut jalan yang sama yang digunakannya sehingga seketul gula itu ditemuinya kembali. Dia dan rakan-rakan akan menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke situ dan begitulah seterusnya hinggalah makanan itu habis. Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan mengikut laluan yang sama juga walaupun ada jalan pintas yang lebih dekat. Saya juga akan mengambil sikap labah-labah yang smart itu. Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning.

Kaedahnya seperti menanam pokok pisang; menanam sekali makan selamanya. Samalah juga seperti menulis buku; menulis sekali tapi memunggut hasilnya sepanjang masa.

Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat indung lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya.

Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas.

Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.

“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah.

portal sahabathijjaz
www.fikrahmadani. com
majlishewi.blogspot .com
http://geocities. com/cikgu_ fzk

November 7, 2006

Cincin di jari manis

Filed under: Ilmiah

Cincin di jari manis

Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis??
Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar)
2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
3. Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan…
4. Cobalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
6. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
7. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.

Real love will stick together ever and forever
Thumb represent parents
Second finger represent brothers & sisters
Centre finger represent own self
Fourth finger represent your partner
Last finger represent your children

//Soalan: Rasulullah SAW pakai cincin di jari mana?

October 29, 2006

Mawar..(Untuk Mu WanitaKu…)

Filed under: Ilmiah

Mawar..(Untuk Mu WanitaKu…)

Kasihanilah orang-orang yang lemah, nescaya anda akan
bahagia. Berilah orang orang yang memerlukan
pertolongan, nescaya akan merasa puas. Rendamlah
emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para
malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah
menunggumu.

Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik
kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan
kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah
kepadamu.

Jangan anda mengira dunia diciptakan untuk melayani
seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada
seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan
semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala
macam kekeruhan.

Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya,
kebal dari penyakit, dan bila dilempar batu, ia
membalas dengan buah kurmanya.

Pernah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu
dapat mengembalikan kenangan masa lalu, dan
sesunguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan
kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih
dan merasa gelisah?

Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah,
tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan
kesihatan. insyaAllah.

Padamkan api kedengkian dan prasangka di dadamu dengan
memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.

Mandi, berwudhu’, memakai wewangian pemakanan dengan
teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi
kepenatan dan kesempitan.

Berbahagialah jika dalam hidupmu (walau hanya sekali…)
jika ada insan yang menyayangimu dan menyintaimu
dengan sepenuh hatinya…Diammu berfikir dan senyummu
memberikan segala ketenangan….Apa yang berlalu biarlah
berlalu…cita-cita adalah harapan yang belum
pasti…tetapi usaha, doa dan tawakkal dan bagimu
hanyalah saat yang sedang dijalani dan teruji…

October 11, 2006

AQ vs AF

Filed under: Ilmiah

kenapa bila akademi al-quran (AQ) diperkenalkan, ramai yang bising. tapi rasa janggal yang bising itu di kalangan mereka yang kurang pengetahuan dalam bidang itu sendiri. seakan beginilah bila akademi fantasia (AF) masa diperkenalkan 4 tahun dahulu.

di ruangan ini, saya cubalah nak tunjukkan perbezaan antara AQ dan AF. bukan niat nak merendahkan atau meninggikan pihak² tertentu, tapi ini ialah dari tinjaun saya sendiri. tidak ada kena mengena dengan orang lain.

perbezaan yang pertama dan yang paling ketara ialah, nama itu sendiri. memang keduanya dimulakan dengan akademi, tapi huruf yang keduanya? al-quran, memang tak perlu saya hurai lebih panjang dan mendalam. semua sudah tahu kelebihan dan keistimewaannya. manakala fantasia jika dibaca dalam kamus dewan, tidak ujud. yang ada hanyalah fantasi: 1-imaginasi yg tidak dibatasi oleh kenyataan, angan², khayalan; 2-ciptaan imaginasi yg tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan; 3-sesuatu yg dibuat(dipakai) utk perhiasan (terima kasih buat saudara al-hafiz kerana sudi carikan saya makna² ini).

dari dua nama ini sudah nampak ke manakah haluan dan matlamat yang diinginkan.

perbezaan yang kedua ialah dari sudut logonya. boleh lihat gambar di bawah:-
(sorry, logonya kedua²nya tak dapat saya nak sediakan berikutan dengan kelambatan internet)

perbezaan yang ketiga ialah jika dihayati hadith nabi s.a.w yang bermaksud: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “.. dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah (masjid atau surau) dari rumah-rumah Allah, sedang mereka membaca kitab Allah, serta mereka mempelajari kandungan isinya, melainkan turun kepada mereka semangat tenang tenteram dan mereka diliputi oleh limpahan rahmat, mereka pula dilingkungi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya”. (Hadith Sahih - Riwayat Muslim). AQ ialah program realiti yang memang membaca kitab ALLAH. bagaimana pula dengan AF? Adakah dengan membaca al-Fatihah hadiah kepada allahyarham tan sri p ramlee dan selepasnya dihidangkan dengan tarian dan juga nyanyian dikira sebagai majlis ilmu?

perbezaan keempat, AQ di channel 9. sebuah saluran TV milik Media Prima Berhad. kalau sesiapa yang nak tahu siapakah Media Prima Berhad, boleh baca di http://ms.wikipedia.org/wiki/Media_Prima_Berhad ataupun di laman rasminya sendiri. manakala AF di bawah astro. siapa yang tidak tahu astro kan. kanak² kecil di zaman sekarang ini sudah tahu segalanya.

perbezaan kelima, baru je terlintas dalam kepala. ada orang kata (rasanya hukum pon kata), suara wanita adalah aurat. tetapi mana lebih aurat, menyanyi dengan suara yang enak, dengan pakaian yang berkelipan, dengan gerak laku yang buat orang lelaki tak tentu arah dari mengaji, menggunakan ilmu tarannum, yang diam tak bergerak?

oklah. ini sahaja yang mampu saya tulis. tapi terus terang saya katakan, saya tengok keduannya, sama ada AQ ataupun AF.tapi saya lebih tertumpu kepada AQ berbanding dengan AF. cuma untuk menyaksikan apa jua yang terlibat dengan AF sama ada imbasan, diari dan konsert lebih mudah berbanding dengan AQ. harap tiada siapa yang salah faham dengan apa yang saya tulis ini. harapan saya agar jika ada yang nak copy paste artikel ini, dipersilakan tapi sila perhatikan keadaan sekeliling kerana AF ini memang dah bertapak dalam hati masyarakat. saya tidak katakan AF ini salah kerana Islam juga mengajurkan hiburan, tapi.. iyalah, berhikmah dan juga peringatan yang baik.

wallahu a’lam.

October 5, 2006

Sakit Hati

Filed under: Ilmiah

Jangan bertanya bagaimana rasanya sakit hati. Jangan pula bertanya siapa yang membuat hati terasa sakit, pedih, dan perih. Amat sukar untuk diungkapkan, tapi ia sangat jelas seperti menghiris dada di bahagian dalam. Sakit hati adalah sakit dari segala sakit. Mungkin anda pernah mengalaminya. Sakit hati tidak selalu disebabkan oleh putus cinta, tetapi juga disebabkan oleh perbezaan pendapat dengan teman atau keluarga. Namun, sakit hati hampir sama rasanya dengan putus cinta.

Siapa pun anda, pasti ingin dicintai, mencintai, dipercayai, dan mempercayai orang lain. Tetapi, ketika sakit hati tiba, sukar bagi anda untuk kembali memaafkan dan mempercayai orang yang melakukannya. Bahkan anda mungkin merasa sukar untuk membuka hati dan perasaan kepada orang lain yang tidak tahu apa-apa. Ini adalah dilema yang harus dihadapi. Terserah kepada anda, memilih untuk berjalan sendiri atau melanjutkan hubungan setelah apa yang terjadi. Satu hal yang pasti, hidup akan terus berjalan dengan atau tanpa sakit hati.

Kesimpulannya, belajar untuk membuka kembali hati, perasaan cinta dan rasa percaya kepada orang-orang yang pernah menyakiti anda, merupakan hal yang penting. Kenapa? Kerana cepat atau lambat, setiap orang akan menyakiti dan disakiti hatinya. Oleh sebab itu, lebih baik anda menyedari bahawa tidak ada satu orang pun di dunia ini yang luput dari sakit hati, termasuk anda. Tanpa bermaksud mengurangi rasa percaya kepada orang-orang yang anda cintai, ada baiknya anda menyedari bahawa siapa pun dia, teman biasa, sahabat, kekasih atau keluarga dan sebaik apapun dia, suatu masa nanti akan menjadi orang yang akan menyakiti anda, walaupun mungkin tidak disengaja. Oleh sebab itu, ada baiknya anda menganggap bahawa mereka tidak serius dengan ucapannya. Anda boleh menganggapnya seperti angin berlalu, jangan dimasukkan ke dalam hati.

Belajar untuk bertanggungjawab dan menghargai orang lain juga sangat penting. Cuba bertanya pada diri, apa yang tidak diinginkan dalam hubungan anda, apa yang membuat anda sakit hati, dan apa yang anda ingin orang lain lakukan. Anda juga perlu mengetahui bahawa kata kunci untuk menyelamatkan diri dari sakit hati adalah bukan percaya kepada orang lain tetapi percaya kepada diri sendiri dan perasaan anda. Ingatlah bahawa tidak ada jaminan orang lain yang tidak akan menyakiti perasaan anda. Berusahalah menjadi seorang yang baik, bersopan, bijak, tidak mementingkan diri sendiri dan dapat dipercayai. Untuk menjadi semua itu, tentu saja anda harus dapat mempercayai diri sendiri agar anda merasa bebas berbuat dan menentukan hubungan. Berkomunikasi secara jujur sangat penting. Ungkapkan perasaan anda, apa yang disukai dan apa yang dibenci. Hal itu akan membantu orang lain mengerti anda dan berusaha untuk tidak melakukan tindakan yang mungkin akan menyakiti hati anda.

Belajar mempercayai diri sendiri, tindakan dan perbuatan anda adalah lebih penting dari mempercayai orang lain. Belajarlah untuk percaya dan hargai diri anda sendiri. Hal paling utama yang harus anda lakukan adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain kerana memaafkan adalah sesuatu yang penting dalam sebuah hubungan. Dan teruslah selalu berfikir positif terhadap suatu kritikan atau tindakan orang lain yang mungkin akan menyebabkan anda sakit hati, kerana fikiran positif akan membuat sakit hati menjadi normal kembali.

by,
Myelina Tashiro >> relexjap@yahoogroups.com

Impian

Filed under: Ilmiah

Impian adalah keinginan dan kemahuan dari dalam diri manusia yang menjadi penggerak untuk maju. Impian merupakan hasrat yang akan menggerakkan manusia untuk mewujudkannya.

Kita yang tidak mempunyai impian akan meninggalkan banyak perkara yang dianugerahkan oleh sebuah kehidupan. Hasrat atau kegigihan kita mudah sekali pudar, sehingga kita mengubah impian kita menjadi sederhana. Impian yang besar mempunyai kekuatan yang besar.

Impian adalah merupakan sumber motivasi. Impian akan mempengaruhi fikiran di bawah sedar. Impian dapat menjamin kejayaan, kerana sentiasa menjadi sumber motivasi hingga mencapai tujuan atau menggapai tujuan seterusnya. Dorongan motivasi itulah yang akan menggerakkan tubuh dan mengatur strategi yang harus ditempuhi, misalnya bagaimana mencari informasi dan menjalin perhubungan ataupun bekerjasama dengan orang lain.

Sebenarnya, kita juga dapat memperbaiki nilai dan menyempurnakan jati diri dengan kekuatan impian. Jadi jangan takut untuk bermimpi, kerana impian akan menimbulkan keinginan yang kuat untuk mencapainya. Impian mampu berperanan sebagai sumber motivasi, yang akan membangkitkan kemahuan dan harapan, sehingga kita mampu mengharungi semua rintangan dan kesusahan. Impian menjadikan kita bersemangat dalam apa saja yang kita lakukan. Impian itu sebenarnya merupakan sumber kekuatan untuk menghadapi dugaan atau cabaran.

Rasa percaya menjadikan seseorang pantang kalah atau menyerah, walaupun mungkin orang lain mengkritik atau menghalang. Kepercayaan itu juga membentuk kesedaran bahawa kita diciptakan di dunia ini sebagai pemenang. Fokuskan untuk merealisasikan impian. Impian menjadikan seseorang bekerja lebih gigih dan lebih tekun. Seseorang yang mempunyai impian memahami bahawa kejayaan memerlukan pengorbanan, usaha, komitmen, masa serta dorongan dari orang lain. Oleh sebab itu, kita akan selalu bersemangat mengembangkan kemampuan tanpa berhenti dan mencapai kemajuan terus menerus hingga tanpa batas. Impian adalah merupakan daya dorong yang tersendiri dan luar biasa.

Impian menjadikan kehidupan kita lebih mudah dilalui. Impian menjadikan manusia lebih kuat menghadapi segala rintangan dan cabaran. Kerana impian dapat menimbulkan kemahuan yang kuat untuk merealisasikannya. Kunci kebahagiaan adalah mempunyai impian. “Dreams are extremely important. You can’t do it unless you imagine it.” Jangan takut untuk mengimpikan sesuatu, jadikan impian itu sebagai nafas-nafas kehidupan kita.

by,
Myelina Tashiro >> relexjap@yahoogroups.com

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Chris M